LATAR BELAKANG
Sekolah Menengah Kebangsaan Lepar Utara terletak dalam daerah Kuantan dan bersempadan dengan daerah Jerantut dan Maran. Jarak sekolah dari Bandar Kuantan ialah 225 kilometer, sementara dari Bandar Jengka, 65 kilometer dan 85 kilometer dari Bandar Jerantut.
Sejarah pengwujudan SMK Lepar Utara adalah pada 2hb. Disember 1991 memulakan sesi persekolahan dengan menumpang di bangunan sementara. Pada 15hb. Mei 1992, SMK Lepar Utara mendapat bangunan sendiri sepenuhnya. Keluasan tanah SMK Lepar Utara seluas 14.2 ekar.
Dari segi fizikal, SMKLU mempunyai 6 blok bangunan untuk bilik darjah, makmal sains, makmal komputer, pejabat, bengkel dan dewan. Di samping itu sekolah juga lengkap dengan kantin, surau dan astaka. Pada Jun 2002, SMKLU telah dinaik taraf ke gred A dan pada tahun 2003, SMKLU telah ditambah dengan dua blok bangunan asrama pelajar. Satu blok untuk pelajar lelaki dan satu blok untuk pelajar perempuan.
Pada mulanya pengurusan sekolah SMKLU adalah di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan. Namun pada tahun 2005, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut.
Pengetua pertama yang berkhidmat di SMKLU ialah Encik Hamdan Bin Mahmood, diikuti oleh Encik Rosdi Bin Ismail, En. Saballah Bin Taib dan Tn. Hj. Rahim Bin H. Musthaffa sejak 4hb. Julai 2005 hingga 1hb. Disember 2006. SMK Lepar Utara telah menerima pengetua baru, Tn. Haji Manan Bin Ismail pada 5hb. Disember 2006 yang mencatat sejarah apabila mendapat pengetua yang berasal daripada kalangan warga pendidik Jerantut. Sebelumnya, pengetua-pengetua berasal dari lain-lain daerah. En. Hamdan Mahmood berasal dari Kuala Lipis, En. Rosdi Ismail dari Kuantan, Tn. Haji Saballah Taib dari Temerloh dan Tn. Haji Rahim Musthaffa dari Kemaman. Selepas Tn. Hj Manan, Tn Hj Muhamad bin Awang Nik mengantikan beliau yang kini ke JPN Pahang.Selama sebulan, 1 April hingga 3 Mei 2009 En Zulkefli bin Badion menjalankan tugas penanggungan kerja pengetua sebelum kehadiran Tn Hj Yusri bin Hj Marjan menjadi pengetua ke 8 di SMK Lepar Utara.
Pendidikan di sekolah ini adalah untuk melahirkan pelajar yang berakhlak mulia dan berilmu pengetahuan serta menghayati dan mengamalkan ilmu untuk kebaikan diri, masyarakat, bangsa, agama dan negara.
VISI
Membentuk insan cemerlang 2015
MISI
Melahirkan insan yang sentiasa cemerlang di dunia dan akhirat berlandaskan ilmu, amal dan iman melalui bidang kurikulum dan kokurikulum berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan Pendidikan.
MOTO SEKOLAH
"Kreatif Aktif Produktif"
LAGU SEKOLAH
Ayuh putra putriku
Mengorak langkah maju
Menuju puncak jaya
Di SMK Lepar Utara
(c)Doa ayah ibu
Restu guru-guru
Cekalkan semangat
Disiplin iktikad
Ilmu Amal Ibadat
Gigih rajin usaha
Demi nusa dan bangsa
Menjulang cogan kata
Kreatif, Aktif, Produktif
Kreatif, Aktif, Produktif
Kreatif, Aktif, Produktif
PIAGAM PELANGGAN
Piagam Pelanggan Pelajar
n Memastikan semua pelajar dapat belajar dengan sempurna pada setiap waktu belajar bermula dari hari pertama hingga akhir tahun.
n Memastikan pengajaran dan pembelajaran bermula tepat pada masanya atau selewat-lewatnya 5 minit selepas loceng berbunyi.
n Memastikan urusan rawatan pelajar sakit ke klinik selewat-lewatnya dalam tempoh tiga puluh minit.
Piagam Pelanggan Staf
n Memastikan segala surat siaran yang diterima dimaklumkan kepada semua staf tidak lewat dari satu hari dari tarikh surat itu diterima.
n Memberi peluang peningkatan kerjaya (berkursus) sekurang-kurangnya sekali dalam setahun kepada semua staf
n Setiap kakitangan baharu dipastikan mendapat gaji pertama tidak lewat daripada 3 bulan selepas mendaftar diri.
n Semua borang tuntutan perjalanan diproses dalam masa seminggu selepas borang diterima.
Piagam Pelanggan Ibu bapa
n Memberi maklum balas urusan surat menyurat dalam tempoh dua hari.
n Memastikan ibu bapa dan penjaga yang berurusan di kaunter mendapat layanan mesra dan diselesaikan dalam masa 30 minit.
n Memastikan ibu bapa mendapat maklumat terkini pencapaian pelajaran anak-anak dalam masa tiga minggu selepas peperiksaan dijalankan.
Piagam Pelanggan Komuniti
n Memberi layanan dan perkhidmatan terhadap aktiviti kemasyarakatan mengikut keperluan dan kesesuaian semasa.
Piagam Pelanggan Stake Holder
n Memastikan setiap arahan dan permohonan daripada Pejabat Pelajaran Daerah(PPD), Jabatan Pelajaran Negeri(JPN) dan Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) mendapat maklum balas dalam tempoh tiga hari.
SASARAN KERJA TAHUNAN 2010
1. Menjayakan matlamat PKKP (Peningkatan Kurikulum dan Kemajuan Pendidikan) Negeri Pahang Darul Makmur.
2. Memastikan tiada buta huruf dan buta angka di sekolah
3. Memastikan tiada buta Al-Qur’an, Jawi dan PAFA
4. Mencapai target 60% menguasai semua matapelajaran PMR
5. Mencapai target lulus 100% SPM dengan 50% tahap kerjaya ijazah dan diploma
6. Membudayakan TQM (Total Quality Management) demi kecemerlangan pendidikan
7. Membudayakan pembelajaran berteraskan pemikiran (pembelajaran berfikrah) yang berpusatkan pelajar serta mastery learning.
8. Memantapkan pelaksanaan sistem dan prosedur monitoring serta penyeliaan sekolah.
9. Memantapkan kepimpinan di setiap peringkat organisasi sekolah
10. Memantapkan budaya menyelenggara
11. Mewujudkan status disiplin dan keselamatan yang tinggi dalam kawasan sekolah.
12. Mempertingkat keberkesanan Unit Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya.
Penggal Persekolahan 2010
PENGGAL | CUTI DAN HARI PERSEKOLAHAN | MULA | AKHIR | BIL MINGGU | BIL HARI |
1 | HARI PERSEKOLAHAN | 04.01.2010 | 12.03.2010 | 10 | 50 |
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL | 13.03.2010 | 21.03.2010 | 09 | ||
HARI PERSEKOLAHAN | 22.03.2010 | 04.06.2010 | 11 | 55 | |
CUTI PERTENGAHAN TAHUN | 05.06.2010 | 20.06.2010 | 16 | ||
2 | HARI PERSEKOLAHAN | 21.06.2010 | 03.09.2010 | 11 | 55 |
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL | 04.09.2010 | 12.09.2010 | 09 | ||
HARI PERSEKOLAHAN | 13.09.2010 | 19.11.2010 | 10 | 50 | |
CUTI AKHIR TAHUN | 20.11.2010 | 02.01.2011 | 44 | ||
JUMLAH | 42 | 288 | |||
TARIKH | HARI | PERISTIWA |
1 JAN | KHAMIS | TAHUN BARU 2010 |
14FEBRUARI | SABTU | TAHUN BARU CINA |
15 FEBRUARI | AHAD | TAHUN BARU CINA |
26 FEBRUARI | KHAMIS | MAULIDUR RASUL |
1 MEI | JUMAAT | HARI BURUH |
7 MEI | KHAMIS | HARI HOL NEGERI PAHANG |
HARI WESAK | ||
5 JUN | JUMAAT | HARI KEPUTERAAN DYMM SPB YANG DI PERTUAN AGONG |
27 OGOS | KHAMIS | NUZUL AL QURAN |
31 OGOS | ISNIN | HARI KEMERDEKAAN YANG KE 52 |
10 SEPTEMBER | KHAMIS | AIDILFITRI |
11 SEPTEMBER | JUMAAT | AIDILFITRI |
16 SEPTEMBER | KHAMIS | HARI MALAYSIA |
24 OKTOBER | SABTU | HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN PAHANG |
5 NOVEMBER | KHAMIS | DEEPAVALI |
17 NOVEMBER | SELASA | AIDILADHA |
7 DISEMBER | ISNN | AWAL MUHARRAM (1432H) |
25 DISEMBER | JUMAAT | HARI KRISMAS |

No comments:
Post a Comment